Memperkasa Individu, Keluarga, dan Organisasi untuk Berkembang
Kenali diri anda dan orang lain dengan lebih baik melalui program psiko-pendidikan kami yang praktikal dan berasaskan bukti. Sama ada anda individu, keluarga, atau pasukan, sesi interaktif kami menyediakan alat parktikal untuk mengatasi cabaran, mengukuhkan hubungan, dan menyokong pertumbuhan peribadi serta profesional. Jika anda ingin memperbaiki dinamika keluarga, membekalkan pekerja dengan pengetahuan serta kemahiran praktikal, mewujudkan tempat kerja yang lebih sihat, atau mendalami kesedaran diri, kami disini sedia membantu.
Anda mencari program psiko-pendidikan berasaskan bukti untuk memahami dan menangani isu ini?
Kesejahteraan Psikologi & Pertumbuhan Diri (Dewasa dan Remaja)
Cabaran kesihatan mental
Menguruskan tekanan, trauma yang belum sembuh, luka emosi, serta isu harga dan nilai diri
Perubahan hidup & penyesuaian diri seperti menyesuaikan diri dengan peranan dan tanggungjawab baru, cabaran mengenal diri dan identiti
Isu Hubungan & Dinamika Keluarga
- Mencari kemahiran & praktis keibubapaan terbaik
- Tekanan & keletihan dalam keibubapaan
- Memahami temperamen, tingkah laku & perkembangan anak
- Menyeimbangkan tuntutan kerjaya & keibubapaan
Kebimbangan Neurodiversiti (Dewasa)
- Cabaran kesihatan emosi & mental yang berkaitan dengan neurodivergen
- Cabaran di tempat kerja & kerjaya
- Identiti & penerimaan diri
Pakar psikologi kami sedia mencipta program yang disesuaikan dengan keperluan anda
Kami menawarkan program seperti bengkel dan ceramah yang direka untuk menghubungkan pengetahuan penyelidikan dengan aplikasi praktikal, membantu individu dan organisasi mendapat manfaat daripada pandangan berasaskan bukti. Matlamat kami adalah untuk membantu anda dan pasukan anda memperoleh pengetahuan berharga serta kemahiran praktikal yang boleh diaplikasikan, membawa kesan positif kepada kesejahteraan anda secara keseluruhan—sama ada dalam hubungan keluarga atau di tempat kerja.
Praktikal & Menarik
Kami memudah-fahamkan konsep psikologi yang kompleks kepada alat bantu kehidupan sebenar yang lebih mudah difahami dan dipraktikkan.
Fleksibel & Boleh Ubahsuai
Sama ada untuk anda atau pasukan anda, program kami direka untuk memenuhi di mana anda berada dan memenuhi keperluan unik anda.
Menyokong & Teliti
Program kami direka dengan pendekatan yang teliti, memastikan kandungan yang relevan dan penuh pertimbangan.
Dipercayai oleh
Frequently Asked Question (FAQ)
"Soalan yang sering diajukan"
- Perkhidmatan Psiko-Pendidikan ialah kerjasama antara Wisdomley dan pihak lain dalam bentuk ceramah, forum, bengkel, seminar dll.
- Wisdomley juga mengadakan program psiko-pendidikan sendiri untuk orang ramai hadir.
- Program boleh dijalankan secara fizikal (bersemuka) atau panggilan video dalam talian.
- Walaubagaimanapun, sesi fizikal diluar Kota Warisan, Sepang akan dikenakan cas tambahan untuk perjalanan dan/atau sewa tempat.
- Ibu bapa
- Tenaga pengajar (cikgu, guru, dll.)
- Perusahaan (Enterprises)
- Syarikat
- Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
- Badan Kerajaan
- Isi borang kontak dalam talian atau WhatsApp kami di +60182775250 atau PM/DM kami di Facebook/Instagram
- Mesej anda akan dibalas untuk membincang lanjut perihal program
- Bayar yuran komitmen (jika perlu) dan sahkan tarikh dan masa program anda
- Hadiri program
Jika mana-mana keadaan di atas berlaku, sila hubungi kami untuk membincangkan situasi anda. Sekiranya berlaku pembatalan, sila ambil perhatian bahawa yuran komitmen (jika perlu) tidak boleh dikembalikan.
Untuk program dalam talian, anda perlu menyediakan perkara berikut:
- Alat peranti samada telefon pintar ataupun komputer riba
- Sambungan internet yang stabil
- Aplikasi Zoom dimuat turun
- Tempat yang tenang dan selesa
- Set kepala/fon telinga (terpulang)
Program Psiko-Pendidikan (Dalam Talian) | Harga |
Sesi penceramah | Bermula pada RM 400/jam* |
Program fizikal (bersemuka) | RM 0.60/km (perjalanan) |
Program anjuran Wisdomley | Seperti yang diiklankan |
*Bergantung kepada jenis program.
- Pembayaran boleh dibuat terus melalui laman web kami di mana anda boleh membuat pembayaran menggunakan pelbagai kaedah pembayaran seperti; Perbankan Dalam Talian (FPX) atau Kad Kredit. Sila ambil perhatian bahawa anda akan dicaj RM1 untuk caj perkhidmatan gerbang pembayaran.
- Sebagai alternatif, anda boleh membuat pembayaran melalui Pindahan Bank di akaun kami. Sila hubungi kami di +60182775250 untuk maklumat lanjut.
Wisdomley - Perunding Psikologi & Keluarga
Memperkasakan individu, keluarga, dan organisasi untuk mencapai kesejahteraan psikologi serta perkembangan peribadi dan profesional melalui kaunseling bersandarkan bukti, konsultasi pakar, dan program psiko-pendidikan.