Tak Mengapa Jika Rasa Tak Okay—Kami Sedia Mendengar dan Membantu
Hidup boleh terasa beban, terutama ketika berhadapan cabaran kesihatan mental, kesukaran dalam keibubapaan (parenting), atau pengalaman unik sebagai individu neurodivergen. Jika anda sedang bergelut dengan tekanan, konflik dalam hubungan, atau kebimbangan tentang perkembangan anak, ketahuilah bahawa anda tidak perlu mengharunginya sendirian. Kami menyediakan ruang yang selamat, penuh kefahaman, serta sokongan praktikal untuk membantu anda mendapatkan kejelasan dan kekuatan—selangkah demi selangkah.
Adakah anda sedang menghadapi isu ini?
Kesejahteraan Psikologi & Pertumbuhan Diri (Dewasa dan Remaja)
Cabaran kesihatan mental
Menguruskan tekanan, trauma yang belum sembuh, luka emosi, serta isu harga dan nilai diri
Perubahan hidup & penyesuaian diri seperti menyesuaikan diri dengan peranan dan tanggungjawab baru, cabaran mengenal diri dan identiti
Isu Hubungan & Dinamika Keluarga
- Mencari kemahiran & praktis keibubapaan terbaik
- Tekanan & keletihan dalam keibubapaan
- Memahami temperamen, tingkah laku & perkembangan anak
- Menyeimbangkan tuntutan kerjaya & keibubapaan
Kebimbangan Neurodiversiti (Dewasa)
- Cabaran kesihatan emosi & mental yang berkaitan dengan neurodivergen
- Cabaran di tempat kerja & kerjaya
- Identiti & penerimaan diri
Pakar psikologi kaunseling kami sedia membantu
Kami menyediakan ruang yang selamat dan bebas daripada dihakimi di mana anda boleh berbincang secara terbuka tentang cabaran anda, mendapatkan penjelasan, dan meneroka penyelesaian praktikal yang sesuai untuk anda. Dengan bimbingan profesional daripada ahli psikologi kaunseling berpengalaman yang benar-benar memahami dan mengambil berat, anda tidak perlu menghadapinya bersendirian.
Profesional & Berpengalaman
Sebagai individu yang berdaftar dan berlesen, dengan pengalaman luas dalam kaunseling dan psikologi, kami memastikan bimbingan pakar dengan keprihatinan dan profesionalisme yang boleh anda percayai.
Hormat & Berbelas Kasihan
Pengalaman dan keperluan unik anda dihormati melalui bimbingan pakar yang diberikan melalui pendekatan bebas daripada dihakimi.
Klik Disini Untuk Harga & Membuat Bayaran
Nota: Sesi bersemuka (diluar Kota Warisan, Sepang) akan dikenakan yuran perjalanan dan sewa tempat secara berasingan. Sila rujuk FAQ dibawah atau hubungi kami untuk butiran lanjut.
*Sila pastikan anda sudah membuat janji temu atau telah menjalani sesi sebelum membuat bayaran melalui laman web.
Frequently Asked Question (FAQ)
"Soalan yang sering diajukan"
Kaunseling adalah bentuk terapi percakapan yang menangani aspek emosi, sosial, kerja, keluarga, sekolah, dan kesihatan fizikal klien. Ia merupakan proses kerjasama antara kaunselor dan klien untuk membantu klien menjelaskan isu mereka, mendapatkan pemahaman mendalam tentang pemikiran dan perasaan yang terkandung dalam pengalaman unik mereka, serta membimbing mereka dengan berkesan untuk menyelesaikan masalah mereka. Kami memberi tumpuan untuk membantu klien melalui pendekatan berorientasikan tindakan (action-oriented) sambil mempertimbangkan faktor-faktor lain bagi mendapatkan perspektif holistik terhadap isu yang dikemukakan.
Perkhidmatan konsultasi menggunakan pendekatan berfokuskan penyelesaian untuk membantu anda menyelesaikan masalah tertentu. Konsultasi berbeza daripada kaunseling kerana konsultasi biasanya tertumpu kepada masalah semasa, dan menyediakan alat berasaskan bukti, bukannya meneroka pelbagai peristiwa masa lalu. Ini membolehkan konsultasi dijalankan dalam tempoh yang lebih singkat berbanding kaunseling. Walau bagaimanapun, kami mungkin mencadangkan anda menjalani perkhidmatan kaunseling sekiranya kami berpendapat kaunseling lebih sesuai untuk menyelesaikan masalah anda.
- Sesi boleh dijalankan secara fizikal (bersemuka) atau panggilan video dalam talian.
- Walaubagaimanapun, sesi fizikal diluar Kota Warisan, Sepang akan dikenakan cas tambahan untuk perjalanan dan/atau sewa tempat.
Servis kaunseling & konsultasi sesuai untuk klien yang menghadapi isu:
Kesejahteraan Psikologi & Pertumbuhan Diri (Dewasa & Remaja)
Isu Hubungan & Dinamika Keluarga
Kebimbangan Neurodiversiti (Dewasa)
- Klien yang dikenal pasti memerlukan intervensi lain yang mungkin memerlukan kepakaran berbeza
- Klien yang sedang berada dalam keadaan mendesak atau berbahaya. PENTING: Jika anda memerlukan bantuan kecemasan, sila pergi ke Bilik Kecemasan mana-mana hospital awam atau hubungi 999 jika anda tidak dapat pergi ke sana dengan selamat.
- Isi borang kontak dalam talian atau WhatsApp kami di +60182775250 atau PM/DM kami di Facebook/Instagram
- Mesej anda akan dibalas untuk membincangkan janji temu sesi
- Bayar yuran komitmen (jika perlu) dan sahkan tarikh dan masa sesi anda
- Hadiri sesi
Dalam sesi pertama anda, anda boleh berasa tenang dan selamat kerana psikologis profesional terlatih kami akan membimbing anda sepanjang proses tersebut. Kami menggunakan pendekatan berpusatkan klien (client-centred), oleh itu, dalam pertemuan pertama, kami akan bantu anda merasa selesa, dan anda akan ditanya tentang diri anda serta kehidupan anda. Maklumat ini membantu kaunselor kami membuat penilaian awal mengenai situasi anda
Semasa sesi berjalan, kami akan membimbing anda untuk merangka pelan dan kemahiran yang diperlukan bagi menangani isu anda. Biasanya, sesi ini akan berlangsung selama 45 minit hingga 1 jam bergantung kepada keperluan sesi.
Sesi kaunseling & konsultasi mungkin perlu dijalani beberapa kali bergantung kepada keperluan dan kemajuan klien.
Semua maklumat yang didedahkan semasa sesi, sama ada secara fizikal atau dalam talian, adalah terjamin dan dirahsiakan sepenuhnya. Walau bagaimanapun, kami diwajibkan untuk melanggar kerahsiaan jika situasi berikut berlaku:
- Klien mendedahkan bahaya kepada diri sendiri.
- Klien membuat ancaman serius terhadap individu lain yang dapat dikenal pasti dengan jelas.
- Klien memberikan kebenaran bertulis untuk meminta pelepasan maklumat.
- Perintah mahkamah dikeluarkan.
- Klien berumur di bawah 18 tahun, dan ibu bapa atau penjaga mempunyai hak terhadap maklumat tersebut.
- Seorang kanak-kanak atau warga emas didera atau diabaikan.
Jika mana-mana keadaan di atas berlaku, sila hubungi kami untuk membincangkan situasi anda. Sekiranya berlaku pembatalan, sila ambil perhatian bahawa yuran komitmen (jika perlu) tidak boleh dikembalikan.
Untuk sesi dalam talian, anda perlu menyediakan perkara berikut:
- Sambungan internet yang stabil
- Aplikasi Zoom dimuat turun
- Tempat yang tenang dan selesa
- Set kepala/fon telinga (terpulang)
Kaunseling & Konsultasi | Harga (Dalam Talian) | Harga (Sesi Bersemuka) |
Satu sesi | RM 150/jam | RM 180/jam |
Pakej Jangka Pendek (1 jam setiap sesi) | 3 sesi: RM 430 (jimat RM 20) | 3 sesi: RM 520 (jimat RM 20) |
5 sesi: RM 700 (jimat RM 50) | 5 sesi: RM 850 (jimat RM 50) | |
Pakej Jangka Panjang (1 jam setiap sesi) | 8 sesi: RM 1080 (jimat RM 120) | 8 sesi: RM 1320 (jimat RM 120) |
Sesi seterusnya: RM 135/sesi (10% diskaun) | Sesi seterusnya: RM 165/sesi (10% diskaun) | |
Laporan Kaunseling / Surat Rujukan | RM 30/dokumen | RM 30/dokumen |
Wisdomley - Perunding Psikologi & Keluarga
Memperkasakan individu, keluarga, dan organisasi untuk mencapai kesejahteraan psikologi serta perkembangan peribadi dan profesional melalui kaunseling bersandarkan bukti, konsultasi pakar, dan program psiko-pendidikan.